Monday, November 29, 2010

someone is caught. you are caught ! those are written w/out my permission? haha :O

terbanglah kesana, jika ditakdirkan bersama, pasti akan bersatu kembali suatu masa nanti

bukan jauh
tapi berada disekeliling
istimewa
bagitu istimewa
tapi sayang
kau
tidak dilayan dengan
seistimewanya

sedar
atas maksud
yang sebelum ini
baru ku faham
jawaban sudah
terjawab

simpan sahaja
pendam sahaja
isi hati
wahai istimewa
ku
undur
dahulu
written on February 10, 2009 3:13 AM

baju sejuk disarung...harum semerbak ... wangian ini...wujud seketika kau disisi ku...

mungkin perlu disimpan sahaja asmara
mungkin susah disembunyikan sahaja
mungkin masa yang perlu disalahkan
mungkin patut disampaikan

written on January 19, 2009 9:23 AM

Aku nak hang suap donut kat UK

suap donut
tapi belemoih
jahat
haha
written on January 2, 2009 2:58 PM

telah ku sediakan pedang dan perisai untuk menempuh peristiwa lama yang rupanya manis semuanya

rahsia cerita pusaka ini
yang tersimpan didalam hati
telah terbuka jahitan
yang selama ini ku simpan

ayat cinta telah terlepas dari sangkar dada ini
kini terbang bebas ke sana
tentang perasaan yang mendalam kepadanya
yang dulu hanya terkubur di hati

perjalanan di mulakan
hajat dulu disertakan
tentang hati dan perasaan
yang telah lama disimpan

risau hanya bunyi sebelah tangan
rupanya bulan datang keriba
menyangka dulu hanya ku sorang
tetapi dalam diam telah disambut senang

seloka yang dihantar
telah membongkar rahsia
tentang dua insan
yang menyimpan perasaan cinta

ku memerhati bulan dan bintang...
angin yang sejuk... ku harap kau dapat
memberi tahu kepadanya
bahawa dahulu... aku ingin memeluk hatimu
written on November 26, 2008 3:06 AM

apakah maksudnya semua ini

kereta sedang berjalan laju
aku duduk di belakang
belakang driver
sebelah kiri aku paiz, tetapi muka dia lain, putih pulak.
betol ka dia ni, mampoih p kat hang lah
kereta tu acapan yang drive
sebelah acapan ada seorang gadis
namanya
miss fire

hujan
jalan lecah
acapan meredah laju air dijalan
kereta volvo
tu yang tak dak hal nak bawak laju
main redah ja air tu
ada sekali tu
air bertakung banyak
dia bawak laju gila
sampai kereta tertolak kesebelah kiri
acapan relex saja
tapi aku yang cuak aram jadah

jumpa pok aku
hujan lebat
aku naik kereta dengan pok aku

ku ingat
makan diwarung tepi jalan
ku naik vespa

tiba tiba ada dikedai
aku rasa mcd
tapi bila kebelakang
jadi kedai
dekat kedai tu ada jual jam loceng,
sekarang memang jam loceng aku dah nyawa ikan
bunyi kentut pon lagi kuat dari bunyi loceng tu
bukan aku bezakan kentut aku ok, aku agak agak ja. apa da

dok pilih jam loceng
masih segar dalam ingat ni
jam tu harga RM71
aku pilih yang murah sikit
dalam dok pilih tu
aku membangaukan tengkokku ke sekeliling
mencari kelibat miss fire
tak ada pon
aku rasa dia dok kat mcd kot
dating paa...
tak pa lah
haish! jeles?

aku amik jam loceng ni, sumpah lupa harga dia.
aku bg RM50, dia pergi tukar dekat mcd
aku tunggu punya lama
sampai kedai tutup, mcd pon nak tutup
supervisor mcd dah marah kat aku
aku dok tunggu duit bagi aku
aku tak tahan aku bukak laci kat kedai tu
ada pulak duit pecah RM10, banyak keping pulak tu
nak ja aku amik (dalam hati)
tapi aku ni amanah

kedai dah gelap, tiba tiba aku nampak brader yang p tukar duit tu
dia bawak satey sekali, dia nampak aku
dia terlupa aku dia kata
aku pau dia punya satey 1
"pergh lemak semata mata satey ni noo?" kata aku kat brader tu
"tu ah" dia kata
sambil dalam kedai aku menunggu baki
ada seorang gadis sedang tunggu aku di depan kedai tu dalam gelap
siapakah dia?
miss fire?
written on November 26, 2008 3:06 AM

dari Kedah mahu pergi ke Melaka, singgah sebentar di Perak memakan strawberi, jika puan malas belajar, akan ku pergi dahulu ke Liverpool

bersyukur kita duduk di mesia
makan minum cukup semuanya
kalau tempat org ishk... perang sini sana
bumi bertuah aman sentosa

kenapa cina semua pandai?
hanya berusaha bukannya susah
ayuh bangun dan lawan
sekarang org cacat pon boleh berijazah

di perak menuntut ilmu
di melaka juga begitu
ingin berniaga suatu hari nanti
kereta caldina... ingin dikecapi

susah dahulu seperti sekarang
akan dijamin masa depan akan senang
jgn dilupa pesan mok pok hang
kuat kan hati kuat kan semangat hang
 written on November 17, 2008 11:44 PM



No comments:

Post a Comment

do you care?